I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 25 Mei 2009

DENGARLAH MOTIVASI DI PAHANGFM


YM Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pakar Motivasi terkenal

Setiap pagi anda pasti dapat ikuti slot "Motivasi Pagi" di Pahangfm, antara pakar motivasi jemputan saya ialah YM Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan En. Abd. Adzim Abd. Hamed.
Insyaalah pada julai ini Motivasi akan berubah masa ke pukul 7.30 pagi setiap hari dan akak ada seorang lagi motivator baru ...best tau...nak tau sape? tungguuuuuuuuuu...

Rabu, 20 Mei 2009

Bersama Kak Su di Pahangfm


Pok Cik ke tuh! bersajak dalam loghat Pahang...

Moh ler cakap loghat Pahang ngan Kak Su hari jumaat ni pukul 3.10 sampai pukul 4.00, jangan lupa yek ... telefonlah Kak Su nombornya 09 5140124 dan 09 5140125.Kak Su alu-alukan rodong menalipon terutama rodong-rodong baru.

Tenun Pahang Di Raja


Cantiknya kain Tenun Pahang Di Raja
Kain Tenun Pahang telah terbukti sebagai hasil kerja tangan yang tinggi nilain seninya, mempunyai motif khas. Kepakaran dan pengetahuan bertenun dikalangan para penenun Pahang mempunyai sejarahnya tersendiri dan kini menjangkau usia lebih empat kurun.
Pagi ini menerusi "Program Inovasi Khidmat Awam ( PIKA ) akan di ketengahkan berkaitan Tenun Di Raja Pahang...antara yang dimuatkan ialah Titah KDYMM Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, KDYTM Tengku Puan Pahang, Menteri Besar Pahang dan Pensyarah dari UMK. Ikuti PIKA jam 9.15 pagi ini ( 21/5/09 ).

Selasa, 19 Mei 2009

Ke Genting Highlands sempena promosi Makanan Pahang

Bersama-sama rakan Media dan Staff Tourism Malaysia di Genting,nak tau duduk di depan yang pakai baju Tourism tu Noni dari Tourism, yang pakai baju hijau tu Hadi dari RTM,yang berdiri kiri sekali tu Nordin dari Berita Harian, Irwan dari Tourism, Khalid dan Ben dari RTM, Ainal dari Berita Harian(bertudung hitam) tudung putih tu Akak ler....

Seawal pagi kami bertolak ke Genting Highlands Sempena Promosi Makanan Pahang yang di rasmikan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan HAl Ehwal Wanita Negeri Pahang.

Isnin, 18 Mei 2009

Indahnya di Pulau Tioman


Posing di Jeti Pulau Tioman
Berpeluang ke Pulau Tioman adalah satu pengalaman indah, kali pertama saya ke Tioman, dalam perjalanan pulang terkandas selama 5 jam di tengah laut.
Kali kedua ke Tioman saya dah ketagih melihat keindahan Terumbu Karang dan bermain dengan ikan yang pelbagai jenis.
3 hari berturut-turut saya terjun ke laut, mula-mula di Taman Laut, lepas itu ke Laut Genting dan esoknya ke Pulau Tulai...Ya Allah cantiknya...tak sangka saya begitu berani.. best dapat berenang macam ikan...Juruteknik Khalid Mamat sudah buat cerita lucu!!!ha ha ha ...he he he...
Terima kasih Tourism Malaysia Negeri Pahang yang mambawa kami para Media ke Pulau Tioman.
Nantikan catatan pengalaman yang akan keudara di Pahangfm menerusi Kenali Pahang, hari Ahad jam 8.15 pagi dan boleh juga ikuti di blog
http://kenalipahang.blogspot.com/.

Tengok Gajah di Kuala Gandah


Bersama rakan teknik Azarita dan S. Amran, saya ke Kuala Gandah untuk membuat rakaman radio berkenaan kehidupan gajah.
Sampai di sana kami di sambut dengan baik dan dibawa melihat dokumentari mengenai penangkapan gajah liar...macam dalam penggung wayang...
selepas itu kami dibawa melihat gajah mandi...eee tak malu!!!
kami juga berpeluang memberi makan gajah...memilih juga gajah ni...
Yang paling seronok dapat menunggang gajah...gayat juga.
Kami menunggang bertiga...kesiaaaan gajah...nasiblah yer!

Selasa, 12 Mei 2009

Pengalaman di Deerland Lanchang


Seronoknya melihat binatang-binatang di deerland Lanchang, bukan sahaja dapat tengok rusa tetapi dapat juga tengok ular, monyet, beruang, burung dan lain-lain lagi. Saya dapat pegang beruang...ular... tak cayer..tengoklah!

Saya dah ada blog sendiri !