I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Terbitkan Rancangan

Menerbitkan rancangan adalah antara tugas kami sebagai penyiar,Kay pernah menerbitkan rancangan Selera iaitu rancangan masak memasak dan antara personaliti yang selalu bersama dalam program ini dulu ialah Chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Wan dan chef lain dari hotel dan restoran di Pahang. Seronok....selain itu akak pernah menerbitkan rancangan "Genting Rumbia" iaitu program yang memaparkan kisah suka duka personaliti yang berjaya antaranya Pembesar Negeri,Usahawan dan lain-lain..pernah juga ke penjara Penor dan 2 hari dalam Penjara Kajang ketika menerbitkan rancangan "Terasing" yang mengisahkan perjalanan hidup banduan, antara yang saya temuramah ialah pembunuh, perompak, pencuri, perogol, penagih dadah dan lain-lain.

Sabtu, 8 Ogos 2009

DUGAAN"NYA" JUA"

Minggu lepas terima ramai pelawat yang berkunjung ke RTM, walaupun penat tapi seronok juga melayan karenah mereka. Paling x seronok bila wabak selesema babi kian menular mengakibatkan 2 kematian di Pahang...kini wabak tersebut berterbangan x tau dimana...jadi kita kena selalu berwaspada dan berhati-hati...
Jauhkan diri drp mereka yang ada simptom-simptom tersebut saperti batuk, selesema deman dan yang penting jaga kebersihan diri dan pakai penutup mulut atau mask...
Ingat! kena tukar setiap hari...harganya boleh tahan juga rm 1 satu...tapi demi keselamatan kenalah berkorban.Di Kuantan ketika ini banyak sekali program yang dianjurkan...(nak habiskan sebelum puasa kot).


Akak ada juga ke satu program yang dibuat di Kuantan...dah tugas kita...selesai tugas pertama Akak pun pergilah ke satu lagi tugas di program yang sama...bukan nak makan tapi mengikut pemimpin yang kesitu...sebab mesti ada citer baru kot...Akak ditegur oleh pegawai kanan yang berkenaan di depan VIP disitu...dengan nada sinis dia berkata...Ni RTM yang mana pulak...berapa banyak RTM nih!...
Akak terasa kecil hati bila kita tapi tetap menjawab kami dari Pahangfm..
Itulah nasib kami radio tempatan mendapat layanan kelas 2 sahaja walaupun tag line kami
"1 pilihan" tetapi sebenarnya kami bukan pilihan mereka...kadang-kadang ada yang menggunakan bila perlu sahaja.
Untuk makluman semua di RTM Pahang kita ada juga Unit Berita Ehwal semasa atau TV dan juga unit radio... Unit berita TV membuat liputan untuk dihantar ke Angkasapuri sementara radio untuk kegunaan tempatan dan siaran di Radio Malaysia Pahangfm .
Yang selalu keluar membuat liputan ialah unit berita Tv tapi unit radio jarang-jarang tetapi apabila unit radio juga keluar membuat liputan kru yang akan ikut ialah penerbit selaku ketua, juruteknik dan pemandu, jadi ada 2 kru dari RTM, walaupun nama sama tetapi fungsinya agak berbeza.
Kami bukan nak hadiah atau cenderamata tapi kami hanya menjalankan tugas yang diarahkan..

Ahad, 26 Julai 2009

Nak dengar citer lucu?

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau...>>suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalanゥ・di The>mall.>>
Gadis: "I'm sorry."
Pelancong: "I'm sorry, too."
Si gadis kelihatan>bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu...>dia meneka2 dan terus menjawab.>
Gadis: "I'm sorry, three.">>
Pelancong: "What are you sorry for?">>
Gadis: "I'm sorry, five">
Kesimpulannya hidup ini kena selalu belajar terutama apa yang kita tak tau...

Jumaat, 17 Julai 2009

Terima kasih sokongan anda kepada Pahangfm


DJ baru ke? Teruja I...Inilah dia Zu@Rompin... di konti Radio Malaysia Pahangfm...masih solo kan ? leh berkenalan ?
Seronok bila ramai yang sudi menjadi sahabat Pahangfm,kalau nak sebut semuanya pahpaleh weh..Yang sudi berkunjung ke blog kak Rokiah @ kak Su macam cikmyviputihZu@Rompin... pekabo orang Rompin...Jejakadesa...Releven...Abanglitokjoro...Al-mankaragi...Kelopak Ungu...Anakpahang...
Nak bagi pandangan atau cadangan boleh...silakan..

Isnin, 6 Julai 2009

Bulan Mana Anda Dilahirkan?



Akak nak kongsi citer pasal bulan kelahiran, bukan ape cuma nak suke2 jer, kalau kebetulan kena mungkin secara kebetulan, apa pun yang baik kita buat panduan, yang kurang elok kita tinggalkan...

Selamat Hari Lahir untuk yang lahir pada bulan Julai...Zodiak nya samada cancer atau pun Leo

  • Orang yang lahir padza bulan ini sangat seronok didampingi.
  • Banyak berahsia dan payah dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tk marah jika disusahkan.Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam,mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda yang remeh temeh.
  • Membimbing cara fisikal dan mental sangat peka,caring dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa dengan semua orang.
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tak agresif kecuali jika terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak diet.
  • Minta disayangi.Mudah terluka tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja.
    Akak lahir pada bulan Oktober (21 oktober ) bintang ...Libra.

Sabtu, 4 Julai 2009

Bangun awal wei!!!

Macam biasa masih lagi konti kul 0600 hingga 0900.
Dari umah ke opis lebih kurang 30 minit...jadi kena bangun awal...kalau hari biasa bangun kul 0530 tapi hari ahad kena ler bangun kul 0430 maklumlah kena sampai konti sebelum kul 0600...gelap dan sunyi dalam perjalanan...mula2 takut gak tapi lama2 dah biasa dah...
Best gak konti masa orang cuti ni... leh bangun pagi2, kalau x lepas sembahyang subuh mesti tido balik...kalau sambung tido kul 10 lah baru bangun lak...

Rabu, 1 Julai 2009

Dibelakang Tabir


Ngan Norfazrah...jauhnye kat Palembang...

Kita orang panggil Ja aje...

Inilah dia Cik Shahafizil Hafizah...Mak oiii panjangnye nama... Bahagian Kewangan
Ini dia Puan Nani...PA Pengarah...
Ini CC
Posing wei...
Jangan keliru...Panggilan namanya kak Su ...tapi putih kuning orangnyer...Nama penuh Puan Suriah Adam...Jom konti ngan kak Su...
Wah!!! ada bunga lak...
Puan Hazline Kassim... Pembantu Tadbir...orang Sabah ba....


Ini dia Puan Roslina Embi Ketua Pembantu Tadbir di RTM

Sekarang ni mana ada tabir dah...langsir adalah...
Nak tau sape yang bertanggungjawab di Unit Pentadbiran ...Unit penting di RTM, kalau nak booking transport ... Surat menyurat...Gaji...Ot(itu penting)...dll. kalau x der tu semua huaaaaa... nilah dia...cun kan!!!!

Ahad, 28 Jun 2009

Ganti konti weh!!!

29 jun 09 hari isnin jam 0900 -1200 kena konti ganti Khazilah... pagi ini baru tau...kelam kabut jugak...tapi xpe kita pro kan! xde masaalah...Dengarlah yek!

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA


Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang mengikuti jejak seorang bapa "Bapa pencetus inspirasi Anak"

21 June 2009- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun tiba la masanya untuk tarikh hari bapa pula ye.. ok sama seperti hari ibu jugak, hari bapa juga disambut pada tarikh yang berbeza di Malaysia setiap tahun..
Akak nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa semuga terus menjadi bapa yang terbaik dan bertanggungjawab.
Tema tahun ini "Bapa pencetus Inspirasi Anak"

Selasa, 16 Jun 2009

BENGKEL PESONA WANITA ANJURAN RTM PAHANG


Kenangan bersama dengan Puan Yasmin Sidek, Aim Azam dan Rafitah Sulaiman ( kini di Perlisfm...dah lupa kita kot...)

Inilah dia En Kamal yang buat kita tak kering gusi bagai nak pecah perut wei!
Handsome gak...

Dah lah dapat ilmu...dapat makan lagiiii...sedaaap...habislah pantangn I cam nih!
camner nak kurus ni...pantaaanggg...pantang jumpa!

Riuh rendah peserta melihat gelagat En. Kamal Afendy...tak kering gusi...bagai nak pecah perut... En. Kamal Effendy penganalisis Jenayah di Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Bengkel Pesona Wanita anjuran Pahangfm .
Antara yang hadir ialah Ybhgia Datin Norihan isteri Timbalan Menteri Besar ketika itu dan juga peserta dari Persatuan TERATAI , persatuan-persatuan wanita seluruh Pahang dan orang persaorangan...
Suatu ketika dahulu saya pernah menerbitkan rancangan " Pesona" yang keudara setiap hari khamis, rancangan ini fokus kepada wanita yang mana memuatkan mengenai Aktiviti wanita, Imej, Masakan, Hiasan Dalaman, Lanskap, Kesihatan dan Petua.
Yang paling menarik bagi saya ialah bila saya selaku penerbit dan Puan Rafitah Sulaiman selaku penyelaras mengadakan satu bengkel sempena program tersebut iaitu "Bengkel Pesona Wanita".
Pertama kali saya menguruskan sebuah bengkel, ada suka dan ada duka...
Antara penceramah di Bengkel ini ialah Puan Yasmin Sidek seorang Perunding Imej yang telah menghasilkan beberapa buah buku, En. Kamal Effendi yang cukup dikenali, En. Aim Azam seorang Pakar Solek, Doktor dari Klinik Komuniti Beserah dan beberapa nama lagi.
Sambutan yang kami terima? Cukup menggalakan kerana pada asalnya kami hanya membuka untuk 100 orang peserta sahaja tapi diatas permintaan terpaksa ditambah kepada 200 penyertaan, itupun masiha belum mencukupi kerana kami terpaksa menolak banyak lagi penyertaan oleh kerana tempat yang terhad.
Rata-rata peserta berpuashati dengan bengkel yang bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan berharap Pahangfm akan menganjurkan lagi pada masa hadapan.
Tak tau bila lak...

Isnin, 8 Jun 2009

Wah!!! Sekejapnya masa berlalu...dah bulan Jun...


Cantik kan...Biasalah perempuaaannn.
Mula-mula nak ucap terima kasih kepada Cik Ati Hasmila yang telah membina blog ni, tanpa anda siapalah kami...nanti Cik Ati tolong tambah aksesori kat blog kak Rok ni ye.
Semalam 8 jun 09 adalah hari yang amat memenatkan... balik dari opis kul 7.15 malam, bukan apa sebab siapkan jingle.
Pahangfm kini dikenali sebagai Radio Malaysia Pahangfm jadi semua jingle lama dah tak boleh guna...kena buat baru , semalam kak Rok dah siapkan jingle pembukaan,penutup dan pengenalan stesen baru...ubah suai jer...
Hari ni kena konti ganti Nik Kanisah yang bercuti maklumlah musim cuti sekolah. Bila pulak giliran kak Rok ni...xpelah biarlah dia orang cuti dulu...
Malam ni nak gi Swiss Garden Resort and Spa ada Perasmian Festival Makanan Pahang oleh YB Dato' Haji Shafik Fuzan b.Sharif EXCO Pelancongan, buat rakaman untuk program kenali pahang.

Isnin, 25 Mei 2009

DENGARLAH MOTIVASI DI PAHANGFM


YM Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pakar Motivasi terkenal

Setiap pagi anda pasti dapat ikuti slot "Motivasi Pagi" di Pahangfm, antara pakar motivasi jemputan saya ialah YM Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan En. Abd. Adzim Abd. Hamed.
Insyaalah pada julai ini Motivasi akan berubah masa ke pukul 7.30 pagi setiap hari dan akak ada seorang lagi motivator baru ...best tau...nak tau sape? tungguuuuuuuuuu...

Rabu, 20 Mei 2009

Bersama Kak Su di Pahangfm


Pok Cik ke tuh! bersajak dalam loghat Pahang...

Moh ler cakap loghat Pahang ngan Kak Su hari jumaat ni pukul 3.10 sampai pukul 4.00, jangan lupa yek ... telefonlah Kak Su nombornya 09 5140124 dan 09 5140125.Kak Su alu-alukan rodong menalipon terutama rodong-rodong baru.

Tenun Pahang Di Raja


Cantiknya kain Tenun Pahang Di Raja
Kain Tenun Pahang telah terbukti sebagai hasil kerja tangan yang tinggi nilain seninya, mempunyai motif khas. Kepakaran dan pengetahuan bertenun dikalangan para penenun Pahang mempunyai sejarahnya tersendiri dan kini menjangkau usia lebih empat kurun.
Pagi ini menerusi "Program Inovasi Khidmat Awam ( PIKA ) akan di ketengahkan berkaitan Tenun Di Raja Pahang...antara yang dimuatkan ialah Titah KDYMM Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, KDYTM Tengku Puan Pahang, Menteri Besar Pahang dan Pensyarah dari UMK. Ikuti PIKA jam 9.15 pagi ini ( 21/5/09 ).

Selasa, 19 Mei 2009

Ke Genting Highlands sempena promosi Makanan Pahang

Bersama-sama rakan Media dan Staff Tourism Malaysia di Genting,nak tau duduk di depan yang pakai baju Tourism tu Noni dari Tourism, yang pakai baju hijau tu Hadi dari RTM,yang berdiri kiri sekali tu Nordin dari Berita Harian, Irwan dari Tourism, Khalid dan Ben dari RTM, Ainal dari Berita Harian(bertudung hitam) tudung putih tu Akak ler....

Seawal pagi kami bertolak ke Genting Highlands Sempena Promosi Makanan Pahang yang di rasmikan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan HAl Ehwal Wanita Negeri Pahang.

Isnin, 18 Mei 2009

Indahnya di Pulau Tioman


Posing di Jeti Pulau Tioman
Berpeluang ke Pulau Tioman adalah satu pengalaman indah, kali pertama saya ke Tioman, dalam perjalanan pulang terkandas selama 5 jam di tengah laut.
Kali kedua ke Tioman saya dah ketagih melihat keindahan Terumbu Karang dan bermain dengan ikan yang pelbagai jenis.
3 hari berturut-turut saya terjun ke laut, mula-mula di Taman Laut, lepas itu ke Laut Genting dan esoknya ke Pulau Tulai...Ya Allah cantiknya...tak sangka saya begitu berani.. best dapat berenang macam ikan...Juruteknik Khalid Mamat sudah buat cerita lucu!!!ha ha ha ...he he he...
Terima kasih Tourism Malaysia Negeri Pahang yang mambawa kami para Media ke Pulau Tioman.
Nantikan catatan pengalaman yang akan keudara di Pahangfm menerusi Kenali Pahang, hari Ahad jam 8.15 pagi dan boleh juga ikuti di blog
http://kenalipahang.blogspot.com/.

Tengok Gajah di Kuala Gandah


Bersama rakan teknik Azarita dan S. Amran, saya ke Kuala Gandah untuk membuat rakaman radio berkenaan kehidupan gajah.
Sampai di sana kami di sambut dengan baik dan dibawa melihat dokumentari mengenai penangkapan gajah liar...macam dalam penggung wayang...
selepas itu kami dibawa melihat gajah mandi...eee tak malu!!!
kami juga berpeluang memberi makan gajah...memilih juga gajah ni...
Yang paling seronok dapat menunggang gajah...gayat juga.
Kami menunggang bertiga...kesiaaaan gajah...nasiblah yer!

Selasa, 12 Mei 2009

Pengalaman di Deerland Lanchang


Seronoknya melihat binatang-binatang di deerland Lanchang, bukan sahaja dapat tengok rusa tetapi dapat juga tengok ular, monyet, beruang, burung dan lain-lain lagi. Saya dapat pegang beruang...ular... tak cayer..tengoklah!

Saya dah ada blog sendiri !