I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 28 Jun 2009

Ganti konti weh!!!

29 jun 09 hari isnin jam 0900 -1200 kena konti ganti Khazilah... pagi ini baru tau...kelam kabut jugak...tapi xpe kita pro kan! xde masaalah...Dengarlah yek!

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA


Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang mengikuti jejak seorang bapa "Bapa pencetus inspirasi Anak"

21 June 2009- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun tiba la masanya untuk tarikh hari bapa pula ye.. ok sama seperti hari ibu jugak, hari bapa juga disambut pada tarikh yang berbeza di Malaysia setiap tahun..
Akak nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa semuga terus menjadi bapa yang terbaik dan bertanggungjawab.
Tema tahun ini "Bapa pencetus Inspirasi Anak"

Selasa, 16 Jun 2009

BENGKEL PESONA WANITA ANJURAN RTM PAHANG


Kenangan bersama dengan Puan Yasmin Sidek, Aim Azam dan Rafitah Sulaiman ( kini di Perlisfm...dah lupa kita kot...)

Inilah dia En Kamal yang buat kita tak kering gusi bagai nak pecah perut wei!
Handsome gak...

Dah lah dapat ilmu...dapat makan lagiiii...sedaaap...habislah pantangn I cam nih!
camner nak kurus ni...pantaaanggg...pantang jumpa!

Riuh rendah peserta melihat gelagat En. Kamal Afendy...tak kering gusi...bagai nak pecah perut... En. Kamal Effendy penganalisis Jenayah di Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Bengkel Pesona Wanita anjuran Pahangfm .
Antara yang hadir ialah Ybhgia Datin Norihan isteri Timbalan Menteri Besar ketika itu dan juga peserta dari Persatuan TERATAI , persatuan-persatuan wanita seluruh Pahang dan orang persaorangan...
Suatu ketika dahulu saya pernah menerbitkan rancangan " Pesona" yang keudara setiap hari khamis, rancangan ini fokus kepada wanita yang mana memuatkan mengenai Aktiviti wanita, Imej, Masakan, Hiasan Dalaman, Lanskap, Kesihatan dan Petua.
Yang paling menarik bagi saya ialah bila saya selaku penerbit dan Puan Rafitah Sulaiman selaku penyelaras mengadakan satu bengkel sempena program tersebut iaitu "Bengkel Pesona Wanita".
Pertama kali saya menguruskan sebuah bengkel, ada suka dan ada duka...
Antara penceramah di Bengkel ini ialah Puan Yasmin Sidek seorang Perunding Imej yang telah menghasilkan beberapa buah buku, En. Kamal Effendi yang cukup dikenali, En. Aim Azam seorang Pakar Solek, Doktor dari Klinik Komuniti Beserah dan beberapa nama lagi.
Sambutan yang kami terima? Cukup menggalakan kerana pada asalnya kami hanya membuka untuk 100 orang peserta sahaja tapi diatas permintaan terpaksa ditambah kepada 200 penyertaan, itupun masiha belum mencukupi kerana kami terpaksa menolak banyak lagi penyertaan oleh kerana tempat yang terhad.
Rata-rata peserta berpuashati dengan bengkel yang bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan berharap Pahangfm akan menganjurkan lagi pada masa hadapan.
Tak tau bila lak...

Isnin, 8 Jun 2009

Wah!!! Sekejapnya masa berlalu...dah bulan Jun...


Cantik kan...Biasalah perempuaaannn.
Mula-mula nak ucap terima kasih kepada Cik Ati Hasmila yang telah membina blog ni, tanpa anda siapalah kami...nanti Cik Ati tolong tambah aksesori kat blog kak Rok ni ye.
Semalam 8 jun 09 adalah hari yang amat memenatkan... balik dari opis kul 7.15 malam, bukan apa sebab siapkan jingle.
Pahangfm kini dikenali sebagai Radio Malaysia Pahangfm jadi semua jingle lama dah tak boleh guna...kena buat baru , semalam kak Rok dah siapkan jingle pembukaan,penutup dan pengenalan stesen baru...ubah suai jer...
Hari ni kena konti ganti Nik Kanisah yang bercuti maklumlah musim cuti sekolah. Bila pulak giliran kak Rok ni...xpelah biarlah dia orang cuti dulu...
Malam ni nak gi Swiss Garden Resort and Spa ada Perasmian Festival Makanan Pahang oleh YB Dato' Haji Shafik Fuzan b.Sharif EXCO Pelancongan, buat rakaman untuk program kenali pahang.