I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Terbitkan Rancangan

Menerbitkan rancangan adalah antara tugas kami sebagai penyiar,Kay pernah menerbitkan rancangan Selera iaitu rancangan masak memasak dan antara personaliti yang selalu bersama dalam program ini dulu ialah Chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Wan dan chef lain dari hotel dan restoran di Pahang. Seronok....selain itu akak pernah menerbitkan rancangan "Genting Rumbia" iaitu program yang memaparkan kisah suka duka personaliti yang berjaya antaranya Pembesar Negeri,Usahawan dan lain-lain..pernah juga ke penjara Penor dan 2 hari dalam Penjara Kajang ketika menerbitkan rancangan "Terasing" yang mengisahkan perjalanan hidup banduan, antara yang saya temuramah ialah pembunuh, perompak, pencuri, perogol, penagih dadah dan lain-lain.

1 ulasan:

  1. Salam hormat dan rahayu.

    Peranan akak amatlah bermakna kepada masyarakat kerana sebagai penyiar dan penerbit rancangan amat penting dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada pendengar.

    Pengalaman akak boleh dijadikan panduan atau sempadan buat mereka yang memerlukan nasihat dan teguran. Teruskan.

    salam bicara,
    Bicarawahyu.

    BalasPadam